Peranan MCA Sejarah_Kampung_Baru_Daerah_Hulu_Langat

MCA atau Persatuan Cina Malaya banyak membantu menubuhkan kampung baru. Presiden MCA cawangan Selangor ketika itu ialah Tun Lee Hau Shik.

Pada bulan Jun 1950 MCA menyumbang RM65,345,10 untuk membina kampung-kampung baru.Dari bulanFebruari 1950 hingga tahun 1953, cabutan loteri ‘Million Dolar Lottery‘ diadakan. Keuntungan dari cabutan loteri ini digunakan untuk kebajikan.

Tabung Kebajikan MCA turut diadakan di bawah pimpinan Tun Lee Hau Shik. RM40,535,41 dapat dikumpulkan pada Julai 1950 hingga Mac 1952.

Pada bulan Oktober 1950, MC memberi RM850.00 kepada setinggan di Semenyih untuk membeli atap.

Pada bulan Februari 1951, RM50.00 diberi kepada Yap Yin, seorang setinggan.

Pada bulan Mei 1951, RM1500.00 diberi kepada setinggan di Dengkil.

Pada bulan Julai 1951 RM50.00 diberi kepada setinggan bernama Chee Soon.

Pada bulan November 1951, RM550.00 digunakan untuk membina sekolah di Kampung Baru Cheras Batu 9 dan Batu 11.

MCA pusat pimpinan Tan Cheng Lock menemui Jame Griffith, Setiausaha Tanah Jajahan British menyeru agar syarat kewarganegaraan dalam Perjanjian Persekutuan 1948 patut dilonggarkan.

Pada bulan September 1952, Mesyuarat Raja-Raja Melayu setuju melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan bagi membolehkan 1.2 juta orang Cina dan 180,000 orang India dengan serta merta menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.